iklan berbayar. 50/month








Cara cara mengisi borang permohonan nikah.

assalamualaikum..

nak jadi tok guru sat.


bukan senang nak woh nak isi borang nikah.mana mana negeri sama ja borang dia.


macam aku,ada dua borang.satu borang warna kuning dan satu lagi borang warna putih tulisan jawi.


borang pertama yang aku isi semestinya borang yang tulis melayu.heee...


bahagian A.

- maklumat lelaki
- maklumat perempuan
-tarikh pemeriksaan lelaki dan perempuan
-maklumat wali
-maklumat cadangan perkahwinan
tandatangan lelaki dan perempuan.

semua list diatas MESTI DAN WAJIB diisi.


bahagian B

-maklumat pernikahan
-maklumat saksi nikah
-maklumat lain

untuk bahagian B,kita hanya isi maklumat saksi nikah dan maklumat lain sahaja.

maklumat lain tue dia cuma tanya hantaran kita berapa,mas kawen berapa,hantaran tunai atau hutang...mas kawen duit atau barang .

simple ja sebenarnya borang borang ni.jadi lambat bila semua buat last minute.=.='

borang putih hanya isi pengenalan diri pengantin dan saksi sahaja.macam aku mudah sebab tok kadi tue dah tanda siap siap apa yang kena isi.macam adli kena pandai pandai sendiri.tapi time aku pergi kursus kawen hari tue pun ustaz ada ajar macamana dan bahagian mana yang kena isi dan tak payah isi.

lega.borang dah settle.