18 December 2010

TIDAK SAH perkahwinan wanita yang mengandung jika dia berkahwin.

assalamualaikum..

ini aku dapat dari blog nard...so aku nak share dekat sini....


1.pak sanggup yang aku maksdkan lelaki yang terpaksa menikahi perempuan hamil.
2. lelaki yang menikahi wanita dcintai dalam keadaan hamil.


sedianya adanya, kita sudah terdedah untuk mengetahui bahawa, lelaki tidak dbenarkan mengahwini wanita hamil.
tapi, apakah pula pada wanita hamil anak luar nikah?
bolehkah lelaki mengahwininya?
kalo anda terjawab tidak, kenapa masih ade yang terlanjur, sah mengandung n nikah??
adakah kerana alasan yang sama? untuk menutup malu keluarga..
pernah ke kita terfikirkan hal sedemikan?


mari anda perlihatkan ape yang aku nak share ngn u all..
sowrrie ak terpakse copy kerana ke tidak mahuan tersalah tulis.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAHmaka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila...




Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda
disini kerana ianya amat penting:



Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belumberkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untukmemperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehinggamelahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka bolehbernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anaktersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannyasendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (ataubukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yangsewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehinggaperempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakahsaya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


lastly to all readers, mari kite perluaskan ilmu ini. jgnlah kite mengikut ape yang dah terjadi dalam drama drama cerita kita. kerana mlysia banyak sgt menunjukkan kisah pak sanggup. maka tidak kire pak sanggup atau lelaki yang mmbuat, sama sekali di tegas, TIDAK BOLEH bernikah sampailah kelahiran bayi berkenaan. jangan lah kita terus terjerumus dalam lembah maksiat lagi. sudah sudah lah apa yang pernah berlaku..





p/s :: sharing is caring..sesapa yang tau lebih lanjut jom la share..:)

6 comments:

cik di. said...

as i igt, time kat skula dulu, ustazah ckp, it's sah, juz haram, means, their wedding still sah but bdose lahh

sharifah athirah izyan said...

na share gak eah piya..
tp ingt2 lupe ms skool..
rsnye ank luar nikah x leh bin nama ayh die kn??..
yan lupe lak bende 2..
:)

ujee said...

saya pun ada buat entry psl ni...

http://ujee-ujee.blogspot.com/2010/11/asmara.html

de' Elle Norizi said...

saja nak kongsi,

http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/469-huxxxkum-nikah-wanita-hamil-anak-luar-nikah.html

pcez said...

maaf ye.. setahu saya perkahwinan itu dikira SAH.. walaupun dia sedang mengandungkan anak luar nikah mengikut imam syafie & hanafi SAH.. cuma imam maliki & hanbali yg berpendapat XSAH.. so, kita ikut mzhab kita la.. (mengikut pengetahuan agama saya dan sumber dari pengajaran ustaz).. apapun sebelum memberi maklumat tentang sesuatu pastikan ada dalil dan sumber yang tidak mengelirukan. harap dapat renungan bersama :)

pcez said...

maaf.. saya cuma ingin memperbetulkan kenyataan anda.. hukum kahwin dengan perempuan sedang mengandung anak zina adalah SAH.. mengikut mazhab syafie & hanafi.. cuma imam hanbali dan maliki yang XSAH.. kita ikut mazhab kita.. so, SAH.. sebelum memberi sebarang maklumat haruslah mendapat rujukan dari para alim ulama.. wallahualam.. harap mendapat renungan bersama :)

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016