iklan berbayar. 50/month










dugaan sebelum berkahwin.

assalamualaikum..





  • Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang .

  • Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je.. selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..

  • Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa.. Tapi bila depan mata, happyje..tak ada pun gaduh-gaduh..

  • Terasa susah nak kumpul duit.. Ini sejak 3-4 bulan lepas..Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…

  • Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”“selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…

  • Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!

  • kekasih lama. Dah lama hilang, tiba-tiba muncul.

  • Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…

  • Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…




dan tak semua orang boleh tahan dengan semua dugaan..termasuklah aku.




Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan  iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~